Selepas 8 tahun menunggu, akhirnya Caprice berjaya merealisasikan impian dengan memberi kejutan besar kepada ibunya. Hasil daripada titik peluhnya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menghadiahkan sebuah rumah banglo 3 tingkat istimewa buat ibu yang tersayang.

IKLAN

Menerusi akaun Instagram, penyanyi rap itu berkongsi kegembiraan dengan peminat selepas berhasil memberi kejutan kepada ibunya. Pada awal rancangan, Caprice mengajak ibunya untuk menjenguk unit rumah baru tanpa dimaklumkan bahawa rumah itu sudah di beli. Lihat video di bawah;

View this post on Instagram

I sold half of Bang Bang, got my mama a house. ❤

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Menurut Caprice, rumah dengan berkonsepkan moden dan minimalis itu bakal didiami oleh neneknya dari Jelebu, Negeri Sembilan.

View this post on Instagram

Jaga ibu and get shit done. 🔫

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Respek dengan Caprice kerana menjadi seorang anak yang sentiasa membahagiakan ibunya! Apa-apa pun, sayangilah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Apa pun kami doakan mereka sekeluarga sentiasa dipermudahkan urusan dan bahagia selalu!

BACA  Kontroversi 5 Kes Putus Tunang Selebriti Yang Sukar Untuk Dilupakan