Hari yang mendukakan buat Malaysia apabila anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya akhir bulan lalu disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi.

Malaysia Bersedih

Menurut sumber, jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini. Berita tersebut bukan sahaja menyedihkan buat kaum keluarga dan rakan seperjuangan, malah pemimpin-pemimpin negara seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut meluahkan rasa dukacita nya menerusi laman Twitter  serta turut memberi penghormatan terakhir pagi ini.

“Innalillahiwa innailaihi rajiun

Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau.

Al-fatihah”

Selebriti Turut Titipkan Doa

Berita tersebut turut menyentuh hati ramai selebriti yang mengikuti perkembangan Allahyarham Adib. Antara nya pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Aaron Aziz dan Esma Daniel. Rata-rata mereka turut terkejut dengan berita tersebut selain mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Malah mereka turut mengharapkan agar pembalasan setimpal diterima oleh pesalah-pesalah tersebut. Kami di Hangat.com merakamkan ucapan takziah buat keluarga pejuang negara, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Al-Fatihah. #JusticeForAdib