Seperti di dalam artikel kami yang lalu, usahawan kosmetik yang juga selebriti Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat telah ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri acara ratu cantik dunia, Miss Universe 2018. Dalam acara itu, Sajat turut dilihat berada dalam acara karpet merah serta turut bergambar bersama beberapa ratu cantik yang menyertai pertandingan itu.

IKLAN

Sajat Sedia Ambil Alih Tampuk Organisasi Miss Universe Malaysia

Melihatkan pada perkembangan Miss Universe itu, Malaysia yang turut mengambil bahagian bagaimanapun tidak tersenarai dalam senarai 20 finalis akhir. Sajat yang menghadiri acara itu berasa terpanggil memberi kenyataan bahawa dia sedia untuk mengambil alih organisasi berkenaan. Jelas usahawan itu, dia ingin mengambil alih Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) supaya peserta-peserta akan datang jauh lebih bersedia dan berketrampilan.

BACA  Gara-Gara Bertudung Di Kelantan, Nur Sajat Bakal Disaman?

Bakal Jadi Salah Seorang Penaja Miss Universe?

Dalam perkembangan lain, terdahulu Sajat menerusi laman Instagram nya memberitahu ingin menjadi salah seorang penaja bersama untuk Miss Universe pada tahun hadapan menerusi rangkaian produknya.

Hasrat itu menurutnya akan dibincangkan bersama penganjur pada hari ini. Apa pendapat anda? Rasanya tidak mustahil kerana jenama Sajat sendiri telah bekerjasama dengan beberapa nama besar termasuk AirAsia.