Sebelum ini, Meghan Markle dilaporkan mempunyai masalah dengan keluarga diraja Britain itu termasuklah kakak iparnya, Kate Middleton.

Meghan Curi Perhatian Dalam Anugerah Fesyen

Terbaru, Duchess of Sussex itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiri anugerah pertunjukan fesyen. Memakai busana hitam serta turut mewarnakan kukunya dengan warna hitam, rata-rata memuji Meghan tampak berseri apatah lagi ‘baby bump’ juga jelas kelihatan.

Sikap Meghan Cetuskan Kemarahan Camilla

Namun begitu, perilaku Meghan ketika menghadiri acara itu tidak disenangi ibu mertua tirinya, Camilla Parker-Bowles kerana isteri kepada Putera Harry itu dilihat seolah-olah seperti sengaja mencuri perhatian dengan berbuat demikian.

Marah dengan sikapnya, Camilla juga dikatakan tidak menyukai cara Meghan berinteraksi dengan tetamu di majlis berkenaan yang berpelukan dan berswafoto dengan beberapa personaliti popular. Seperti yang sedia maklum, institusi diraja Britain sememangnya ketat dan anggota kerabat perlu mematuhi beberapa peraturan istana. Barangkali Meghan sudah terbiasa dengan kehidupannya sebagai seorang selebriti?

SUMBERNow To Love.com
Artikel SebelumnyaMuat Naik Foto Dikapankan! Kata-kata Johan As’ari Ini Cukup Menginsafkan
Artikel SeterusnyaWow! 10 Foto Topless Clint Bondad, Kekasih Catriona Gray, Miss Universe 2018
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress