Baru-baru ini penyanyi Sufie Rashid telah mengikat tali pertunangan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Nurulain Md Yusof. Hangat.com difahamkan, majlis pertunangan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat dan diadakan secara tertutup.

IKLAN

Ibu Tidak Beri Restu?

Namun begitu, timbul pula cerita lain mengenai majlis pertunangan tersebut apabila sebuah portal hiburan melaporkan kononnya majlis itu tidak mendapat restu daripada ibu Sufie yang dikenali sebagai Irma Suriana.

Menerusi laman Facebook nya, Irma telah meluahkan kekesalannya apabila majlis tersebut diteruskan tanpa persetujuannya mereka sekeluarga. Malah dalam kenyataannya itu juga ibu kepada penyanyi itu mendakwa tiada sebarang majlis risikan dibuat dan pertunangan tersebut diadakan tanpa kehadiran dia mahupun adik beradiknya yang lain.

BACA  [GAMBAR] Sufie AF2015 Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Sedia Beri Kenyataan

Menerusi status Facebook nya juga, Irma sedia untuk memberi kenyataan media mengenai isu yang terjadi.

Di ruangan komen pula, rata-rata mendoakan agar kebenaran akan terbukti selain mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.  Dalam perkembangan lain, menerusi carian Hangat.com Sufie turut meluahkan sesuatu di laman Instagramnya selain memberitahu bapanya merupakan sumber kekuatannya selama ini.

Apa pun diharap segalanya akan berakhir dengan baik untuk mereka sekeluarga.