Seperti yang kita ketahui, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami dalam insiden rusuhan di depan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, sepatutnya bernikah dengan tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi, Jumaat ini.

IKLAN

Nurul ada meluahkan kesedihannya menerusi posting di laman sosial miliknya. Rata-rata netizen titipkan ucapan takziah dan memberi kata-kata semangat buat Nurul dan keluarga arwah termasuk pemimpin negara dan selebriti.

Pelakon dan penyanyi Fazura turut meluahkan kesedihannya dan memberi kata-kata semangat kepada Nurul. Menerusi posting terbarunya di Instagram, Fazura menawarkan bantuan kepada Nurul sekiranya memerlukan.

“Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi.”

Bersedia untuk Membantu Nurul

“Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen.”

Sementara itu, tinjauan Hangat.com juga mendapati ramai warga maya yang mendoakan supaya Nurul lebih kuat dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Al-Fatihah untuk wira negara, Adib.

BACA  Tahniah! Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat