Gosip hubungan Ariel Noah dan Pevita Pearce kembali menjadi sebutan peminat. Seperti yang dilaporkan oleh Liputan6, sebelum ini pasangan ini disebut-sebut memiliki hubungan istimewa selepas oleh sebuah akaun gosip di Instagram menyiarkan gambar mereka mesra berjalan bersama di sebuah pusat membeli belah.

Foto: Lambe Turah

Terbaru, Ariel Noah dan Pevita Pearce kembali menjadi perbincangan netizen kerana saling follow satu sama lain di Instagram. Ariel dan Pevita Pearce khabarnya memang sudah kenal sejak 2012.

Bermula dari teman, Pevita dan Ariel tahu perjalanan cinta masing-masing, dan saling mengenali mantan satu sama lain.

Mungkin kerana sudah menjadi kawan lama dan kenal peribadi masing-masing, jadi semakin dekat. Lagi-lagi kedua-duanya kini masih single, tak salah pun kalau mereka nak bercinta. Nak lihat gambar-gambar cantik Pevita ni? Berikut hangat.com rangkum dari Instagram @pevperace.

Bukan sekadar teman lama, ternyata Pevita pernah jadi model video klip lagu Noah yang berjudul ‘Hidup Untukmu Mati Tanpamu’. Ariel dan Pevita jadi pasangan kekasih di video tersebut, mereka beradegan cukup mesra, berpelukan hingga berciuman.

Artikel SebelumnyaFazura Tawarkan Bantuan Kepada Nurul Najihah, Tunang Arwah Adib
Artikel SeterusnyaNama Sebenar Nur Sajat Didedahkan Dalam Akhbar Tempatan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.