Untuk anda yang tidak tahu, pelakon Saharul Ridzwan kini berada di Mekah bagi mengerjakan umrah bersama keluarga nya. Malah aktor berusia 29 tahun ini turut memuat naik beberapa gambar di Instagram mereka sekeluarga di tanah suci.

IKLAN

Titipkan Doa Buat Sheila Rusly Dan Suami

Sepanjang dia berada di sana, Saharul berkesempatan untuk titipkan doa buat mereka yang rapat dengannya. Ini termasuklah buat pengarah dan pelakon Sheila Rusly serta suaminya, Jinggo.

Terdahulu, nama Saharul dikatakan mula melonjak naik kerana bakatnya yang digilap oleh pasangan ini.

Sheila Menangis Sebak

Dalam perkembangan lain, Jinggo telah memuat naik sebuah video di Instagram nya yang menunujukkan Sheila mengalirkan air mata. Menurut Sheila ketika ditanya Jinggo dia bukanlah menangis kerana kesedihan sebaliknya dia berasa terharu kerana anak didiknya itu masih mengingati dirinya.

β€œI tak pernah harap apa-apa dengan Saharul tapi rasa bersykur sebab dalam ramai-ramai artis yang I didik, masih ada yang ingat I,”

Menerusi Instagram Sheila pula, dia memberitahu tidak pernah sekali pun dia meminta balasan daripada artis yang pernah dididiknya dan hanya mengharapkan dirinya dihargai. Tambah Sheila lagi, dia begitu bersyukur kerana terpilih mendapat ‘doa’ dari Saharul di sana.

BACA  Jadi 'Abam Polis' Dalam Nur 2, Ini 10 Foto Sefik Khair Yang Buat Ramai Gadis 'Cair'