Tidak pernah basi! Itulah yang kami boleh gambarkan setiap kali menonton filem Home Alone menjelang perayaan krismas yang boleh dikatakan hampir setiap tahun ditayangkan.

Menampilkan pelakon Macaulay Culkin sebagai teraju utamanya, filem Home Alone mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Kevin McCallister ditinggalkan keluarga secara tidak sengaja setiap kali krismas.

Kembali Dalam Home Alone

Kini, selepas 28 tahun filem itu ditayangkan, Macaulay yang berusia 38 tahun dikhabarkan telah kembali sebagai Kevin. Namun begitu ianya bukanlah sebuah filem terbaru Home Alone sebaliknya merupakan sebuah iklan khas yang dibawakan oleh Google Assistant.

Menariknya lagi mengenai iklan Home Alone Again ini, ianya menunjukkan sisi Kevin yang sudah dewasa namun segala bentuk jalan cerita masih lagi dikekalkan. Iklan tersebut dijayakan bersempena dengan ulangtahun filem tersebut pada hari ini.

Macaulay Kembali Sihat

Dalam perkembangan lain, selain melahirkan rasa teruja dengan iklan tersebut, para peminat juga gembira melihat keadaan Macaulay yang terkini.

Terdahulu, pelakon ini mengalami masalah tekanan yang tinggi sehingga dikatakan terjebak dengan najis dadah yang menyebabkan keadaan fizikalnya yang begitu kurus. Namun kini Macaulay kelihatan sudah sihat dan bentuk fizikalnya juga seperti ideal.Ada yang merindui Home Alone?