Altimet merupakan rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah serta mempunyai sebanyak 14 lagu carta #1 sejak tahun 2000 menerusi 4 album solonya. Sehingga kini, Altimet merupakan rapper pertama di Malaysia yang menyerikan pentas Anugerah Juara Lagu sebanyak 5 kali sejak 2012.

IKLAN

2018 Tahun Terbaik Altimet

Meskipun telah umumkan pengundurannya dalam bidang nyanyian, Altimet akui 2018 merupakan tahun yang luar biasa buatnya. Bukan hanya beliau memenangi “Persembahan Terbaik” di Anugerah Juara Lagu ke 32 yang lalu, single Bunga dari album Air telah meraih 8.3 juta penonton sejak Mac 2018 dan telah mendapat nominasi sebagai 12 lagu yang berentap di peringkat akhir, Anugerah Juara Lagu ke-33 pada 2019.

BACA  Realme Lancar Dua Telefon Bimbit Terbaharu!

Nescafe Bawakan Konset Terakhir Altimet

Penutup tirai Atimet sebagai seorang penyanyi Rap, Nescafe telah bawakan ‘The Last Altimet Show’ sebagai konsert terakhir Altimet yang akan diadakan pada hari Sabtu, 16 February 2019, 7 malam di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Menariknya lagi persembahan ini bukan menampilkan Altimet seorang sebaliknya akan turut membariskan artis-artis hebat tanah air seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra, dan ramai lagi.

Harga tiket juga ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan berharga RM59 (Early Bird), RM79 (Presale) dan RM109 (At Door) untuk setiap keping tiket. Tiket terhad “Early Bird” boleh dibeli di altimet.com.my/Concert bermula dari 21 Disember 2018. Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas “Meet & Greet” dan 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert, NESCAFÉ di altimet.com.my/Nescafe

BACA  [VIDEO] Konsert Terakhir Altimet Gamat & Altimet Wajib Digelar Lagenda Rapper!