Sebelum ini ada beberapa media tempatan melaporkan kenyataan penyanyi Wany Hasrita yang mendakwa berduet dengan Tajul Ariff kini sudah tidak relevan lagi. Hal ini sekaligus telah mengejutkan peminat mereka, malah Tajul sendiri turut meluahkan rasa kecewa.

Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, Wany menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan bukan datang dari mulutnya, tetapi daripada pihak lain. Malah apa yang berlaku juga lebih kepada salah faham sahaja.

Menurut Wany, sebenarnya dia diajukan soalan mengenai pandangan beberapa pihak yang mengatakan saya dan Tajul tidak lagi sesuai untuk berduet. Jadi, bukan dirinya mengeluarkan perkataan tidak relevan itu.

Tajul Akui Kecewa Dengan Wany Pada Awalnya

Susulan dari penjelasan tu,  Tajul pada mulanya agak kecewa dengan kenyataan rakan duetnya, tidak menyangka keadaan itu sekadar salah faham.

“Memang terkejut sebenarnya bila saya ingat dia keluarkan kenyataan seperti itu. Malah untuk sedapkan hati saya anggap dia hanya buat gimik untuk lagu duet terbaharu kami berjudul Aku Serius.

“Tetapi bila sudah dijelaskan Wany baru saya faham akan situasi sebenar dan kami tidak ada masalah,” katanya.

Dalam wawancaranya bersama Utusan Online, Tajul akui dia begitu  selesa dengan Wany untuk bekerjasama. Walaubagimanapun ini bukan alasan untuk mereka tidak mengambil peluang untuk berduet dengan penyanyi lain. Menurut Tajul, jika diberi pilihan dia mahu berduet dengan penyanyi, Misha Omar.

BACA  Konsert Westlife Di Malaysia Berlangsung Selama Dua Hari Pada Ogos Ini!