Bilakah kali terakhir anda menonton filem fiksyen sains yang memfokuskan elemen aksi sebagai sinematografi utama nya? Untuk kami Mortal Engines sebagai penutup terbaik pada tahun ini apatah lagi berkesempatan menonton filem ini di D-Box Gold Class, Bona Cinemas Resort World Genting.

Mortal Engines Sarat Dengan Aksi

Mungkin ada diantara anda yang akan membuat perbandingan filem ini dengan Bumbleebee yang akan ditayangkan serentak bermula hari ini. Bagi kami kedua-dua filem ini punyai kelasnya tersendiri. Fokuskan pada Mortal Engines, filem ini permulaannya sahaja telah memaparkan aksi-aksi yang membuatkan penonton kagum. Malah jalannya cerita nya juga agak kreatif dengan menunjukkkan dimensi sesebuah negara yang hanya bergantung sepenuhnya pada teknologi untuk terus hidup.

Sinopsis Mortal Engines

Mengisahkan mengenai seorang gadis misteri Hester Shaw yang menyelinap masuk ke Kota London sebuah kota yang kini hanya hidup di atas sebuah mesin.

Misinya yang ingin membunuh seorang lelaki akhirnya gagal kerana dihalang oleh seorang pemuda yang akhirnya menjadi sahabat baik.

Namun begitu setelah kedua-dua jatuh dari London, mereka telah menemui sepasukan penjenayah dikehendaki yang punyai ikatan terdahulu dengan ibu Hester.

REVIEW OVERVIEW
Wajib Tonton
Artikel SebelumnyaAltimet Tampil Dalam Konsert Terakhir Pada Februari 2019
Artikel SeterusnyaSekitar Majlis Pernikahan Kali Kedua Aliff Ali, Adik Kepada Miller Khan & Sabrina Ali
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress