Etta Ng merupakan anak perempuan dari bekas aktres Hong Kong, Elaine Ng, dari hasil hubungan gelapnya dengan bintang legendar Asia, Jackie Chan. Meskipun sudah diketahui umum, Jackie Chan sehingga sekarang tak pernah mengakui Etta sebagai anak perempuannya.

Nama Etta kembali menjadi sebutan selepas dia mengaku statusnya suka kaum sejenis atau lesbian, malah dia sudahpun mempunyai pasangannya bernama Andi Autumn. Pasangan ini baru sahaja bernikah di negara asal Andi, Canada.

Etta yang kini berusia 19 tahun baru saja kembali ke Hong Kong dan menjalani sebuah wawancara dengan media Apple Daily. Seperti yang dilaporkan dari Toggle SG, Etta bercerita tentang orientasi seksualnya hingga pendapat tentang bapanya yang merupakan aktor popular di dunia.

BACA  Single Blackpink 'Kill This Love' Catat 3 Rekod Dunia Dalam Masa Kurang 24 Jam

Saat Mengetahui Sebagai Lesbian

Etta mengaku pernah ada kekasih wanita semasa di tadika, tapi kerana masih kecil dia pun tak merasakan apa-apa waktu itu. Ketika meningkat usia remaja, Etta baru sedar bahawa dia tertarik kepada sesama perempuan dan tak peduli jika teman-teman wanita di kelasnya mula bercakap tentang lelaki yang mereka suka.

Etta mengaku tak berani untuk terlalu terbuka soal dirinya yang seorang lesbian. Dia tak mahu orientasi seksualnya ini dihebohkan dan menyimpan rahsia tersebut sendirian.

Pernah Pacaran Dengan Cowok

Banyak cara yang dilakukan oleh Etta untuk menyembunyikan rasa ketertarikannya pada wanita. Dia pernah bercinta dengan lelaki agar terlihat sebagai seorang wanita yang normal di mata ibunya. Itu semua dilakukannya untuk membuat ibunya tenang.

BACA  [REVIEW] Filem Captain Marvel Dedahkan Segala-Galanya Mengenai Avengers!

Ibu Belum Bisa Menerima

Sehingga kini ibunya, Elaine, ternyata masih belum boleh menerima hubungan Etta dengan Andi. Tapi bukan bermakna hubungan anak beranak ini berantakkan.Bercakap tentang bapanya, Jackie Chan, Etta mengaku inginkan kepastian atas segala pertanyaan yang selama ini dia simpan untuk bapanya.

“Aku ingin bertanya, bolehkah  kamu beri tahu apa yang terjadi saat aku masih kecil? Kenapa ibuku jadi begini? Apa kalian sudah bicarakan ini?” kata Etta.