Dalam senarai tahunan yang dikeluarkan oleh laman berita hiburan Starmometer bagi tahun 2018, barisan 100 Lelaki Paling Seksi Di Dunia pada kali ini turut memuatkan selebriti Malaysia popular berdasarkan undian secara dalam talian.

IKLAN
View this post on Instagram

πŸ‘€

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Pelakon, Fattah Amin menduduki tangga ke-76 dalam senarai tersebut mendahului nama besar antarabangsa seperti Sehun, Chris Pinen, Park Seo-Jun & Harry Styles. Dalam skala antarabangsa, hebat juga wajah pelakon kita.

Pemilik Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 ini turut mendahului beberapa bintang popular Korea seperti Jung Hae-In, Seung Hwan Lee & aktor dari Amerika , Ross Butler. Tempat pertama senarai itu bagaimana pun dipegang oleh Jeon Jungkook merupakan seorang penyanyi, penari, model dan pengacara dari Korea Selatan. Dia merupakan ahli kumpulan muzik band BTS.

BACA  [REVIEW] Ralph Breaks the Internet Antara Filem Animasi Terbaik 2018!

Dalam pada itu, isteri Fattah Amin, Fazura turut berkongsi berita gembira ini menerusi Insta Storiesnya.

Tahniah Fattah Amin kerana menjadi satu-satunya artis Malaysia yang tersenarai,Β  kami juga turut tumpang bangga dengan pencapaian beliau.