Pelakon popular, Uqasha Senrose bakal menunaikan ibadah Umrah kali pertama bersama adiknya Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose sepanjang 26 Disember ini sehingga 7 Januari depan.

Menerusi wawancaranya bersama Kosmo Online, Uqasha disoal mengenai akan bertudung semula selepas pulang dari mengerjakan umrah.  Ini jawapannya;

“Saya tidak mahu berubah kerana takutkan pandangan orang. Saya pernah lakukannya sekali (berhijab) dan akhirnya, ia tidak berpanjangan. Jadi, berilah peluang kepada saya untuk beribadah dengan tenang dan doakan sahaja yang baik-baik.”

Walaubagaimana pun sangat berharap agar para peminatnya tidak menilai dirinya hanya kerana masih tidak bertudung walaupun bakal mengerjakan umrah.

“Selagi apa yang saya lakukan tidak melampaui batas dan keluarga boleh menerimanya, itu sudah memadai. Jahat atau baik seseorang itu bukanlah diukur sama ada dia sudah mengerjakan umrah atau penampilan luaran. Itu hanya pandangan fizikal sedangkan yang penting adalah hati,” katanya

Baginya, dia tidak mahu menjadi seorang wanita yang hipokrit kerana dia sahaja yang mengetahui tentang segala tindakan ataupun keputusan yang dilakukan untuk imej dirinya sendiri.

Artikel SebelumnyaFattah Amin Tersenarai Dalam 100 Lelaki Paling Seksi Di Dunia, Tewaskan Bintang Korea
Artikel SeterusnyaTak Sangka! Inilah Alasan Jason Momoa ‘Aquaman’ Takut Potong Rambut Pendek
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.