Jason Momoa memang sudah cukup terkenal dalam dunia hiburan. Namun tak boleh dinafikan jika nama aktor bertubuh kekar tersebut terus menjadi sebutan selepas muncul dengan watak Khal Drogo dalam siri HBO, “Game of Thrones”.

IKLAN

Dalam siri tersebut, Jason tampil hebat dengan tubuh tinggi berotot serta rambut panjangnya. Bahkan hingga kini, aktor berusia 39 tahun itu masih setia mempertahankan rambut panjangnya.

Namun rupanya, ada alasan tersendiri kenapa aktor “Aquaman” ini terus memanjangkan rambutnya. Seperti yang dilaporkan olehΒ Daily Mail pada Jumaat (21/12), rupanya alasan utama kenapa Jason tetap mempertahankan rambut panjangnya bukan alasan kerana menjayakan aksinya di filem-filem yang dibintanginya.

BACA  'Mata Masuk Habuk' - Siti Nurhaliza Terharu Peminat Hadiahkan Ibu Tiket Konsert

Penyebab sebenarnya dia tidak memotong pendek rambutnya ternyata demi isteri, Lisa Bonet.

“Isteriku akan meninggalkanku jika aku memotong rambutku jadi aku tidak memotong rambutku,” ujar Jason.

Jason bercerita bahawa dia sudah berambut panjang kala bertemu pertama kali dengan isterinya yang usianya lebih tua 12 tahun pada tahun 2005 silam. Lucunya, aktor berasal dari Honolulu ini memberitahu bahawa rambut panjangnya adalah faktor penting dalam kisah asmara mereka.