Memutuskan untuk bercerai setelah bertahun-tahun bersama tentu bukan hal yang mudah. Ia memerlukan pertimbangan yang matang dan perbincangan panjang apalagi sudah ada anak-anak dalam rumah tangga tersebut. Ini yang terjadi pada kehidupan para selebriti popular Tanah Air.

IKLAN

Khabar berpisahnya mereka telah mendapat perhatian meluas ramai orang mahupun media tempatan

Di tahun 2018 ini, berikut adalah senarai perceraian artis paling menyedihkan dan menyayat hati. Sedih dengan keputusan tersebut, namun semoga mereka semua diberikan jalan terbaik, ya.

1Ziana Zain & Armin Bercerai Kerana Penderaan Mental Anak-anak

Masalah rumah tangga penyanyi Ziana Zain akhirnya berakhir apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada pada 12 Julai 2018. Umumnya, 3 bulan sebelum itu, Ziana sudahpun memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Ziana dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak, Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.

BACA  Finalis Dewi Remaja Punca Keretakan Perkahwinan Rashidi Ishak & Vanidah Imran?

2Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Tidak Tinggal Sebumbung

18 tahun melayari bahtera perkahwinan, namun akhirnya dikhabarkan sudah berakhir dengan perpisahan. Kisah perceraian pasangan ini mendapat liputan meluas media tempatan selepas mereka kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh mStar, meminta kepastian daripada pelakon yang mesra dengan sapaan Vee, beliau memilih untuk terus berdiam.

Vanidah tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai rumah tangganya kerana tidak mahu memanjangkan gosip itu.

3Isma Menfailkan Perceraian Terhadap Zul 2 By 2 

Selepas hampir 20 tahun hidup bersama, bintang Akademi Fantasia, Isma telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah pada awal tahun ini. Berita perceraian pasangan ini baru diketahui media pada bulan September.

Menurut Isma, bukan dia mahu merahsiakannya, tetapi belum mendapat kekuatan berkongsi cerita yang dirasakan terlalu peribadi. Katanya, perpisahan adalah jalan terbaik untuk masing-masing mencari kebahagiaan hidup.

BACA  'He's Mine' - Fatin Afeefa Beri Bayangan Sedang Bercinta Dengan Nazim Othman?

4Amelia Henderson Tidak Lagi Bergelar Kerabat Diraja

Pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson sudah berpisah dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada tahun ini. Amelia bagaimanapun enggan enggan berkongsi tarikh sebenar dia dan bekas suami membawa haluan masing-masing. Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

5Suami Ceraikan Deja Moss Kerana Tidak Ada Cahaya Mata

Penyanyi, Deja Moss sah bercerai talak satu Azfendy Azzuddin Ahmad. Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, Azfendy pada 5 Mac lalu telah memfailkan permohonan bercerai atas alasan tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin. Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.

6Nazim Othman Solat Istikharah Sebelum Ambil Keputusan Bercerai

Pelakon Nazim Othman dan Bella Dally yang mengambil masa enam jam untuk berbincang dari hati ke hati berhubung keputusan untuk bercerai. Nazim berkata, perbincangan dibuat sehari sebelum dia terbang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi memfailkan perceraian mereka.

BACA  Rashidi Ishak Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai Dengan Vanidah Imran

Hal itu dikongsikan Nazim di Instagram miliknya. Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 itu akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 2 Mei, 2018 di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Nazim, keputusan itu dibuat selepas membuat solat istikharah.

Sehingga ke hari ini, Nazim mahupun Bella tidak berkongsi apa sebenarnya berlaku kepada rumah tangga mereka sehingga berakhir dengan perpisahan.

7Raja Kamarul Bahrin Fail Nusyuz Terhadap Noryn

Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raja Bariq Umar Shah berusia 4 tahun, Juara Gegar Vaganza Musim ke-5 ini dikhabarkan dalam proses perceraian bersama Raja Kamarul Bahrin selepas 8 tahun bersama.

Noryn dan suami dikatakan telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada 1 April lalu untuk menghadiri sesi majlis sulh pertama. Kes perceraian Noryn dianggap begitu menyayat hati kerana suaminya memfailkan tuntutan nusyuz terhadapnyadi Mahkamah Rendah Syariah di sini, Julai lalu.