Berhubung dengan rasa tidak puas hati Nur Sajat terhadap media tempatan yang mendedahkan nama sebenarnya baru-baru ini, seorang wartawan tampil buka mulut.

Difahamkan wartawan yang menggunakan nama Eyrra Buqhairah di akaun facebooknya itu bertugas membuat liputan kes melibatkan usahawan kosmetik tersebut di mahkamah.

Eyrra dalam keterangannya, menolak dakwaan Nur Sajat menuduh wartawan putar belit dan menyampaikan informasi yang tidak benar. Lihat penjelasan penuh Eyrra di bawah.

Seperti yang disampaikan oleh Eyrra, dia menegaskan bahawa wartawan yang bertugas di mahkamah hanya menulis berdasarkan fakta yang berada di tangan mereka bukannya memutarbelit fakta sesuka hati.

“Setakat senarai kes yang ada di notis, itu adalah perkara biasa yang mahkamah buat bagi memudahkan orang awam menyemak kes mereka.”

Tambahnya lagi, Peguam Negara sebelum ini membenarkan mereka sebagai wartawan mendapat kertas pertuduhan agar dapat memberi maklumat tepat kepada masyarakat dalam setiap laporan.

Nur Sajat Nafi Muhammad Nur Sajat Bukan Nama Sebenar

Terdahulu menerusi laporan dari Mstar, Nur Sajat mempertikaikan  laporan media yang hanya menyebut namanya saja sedangkan kes GST tersebut membabitkan syarikat kosmetiknya. Nur Sajat meminta masyarakat untuk tidak berterusan membuat tuduhan yang mengaibkan sebelum mendapatkan sumber sahih terlebih dahulu.

Artikel SebelumnyaHabis Seluar Terbakar! Maya Karin Belajar Dari Kesilapan
Artikel SeterusnyaSurat Wasiat Suzanna Akhirnya Dibaca Selepas 10 Tahun, Isinya Mengejutkan!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.