Surat Wasiat Suzanna Akhirnya Dibaca Selepas 10 Tahun, Isinya Mengejutkan!

8.3K

Selepas 10 tahun Suzanna meninggal dunia,  pihak keluarga tak pernah menceritakan tentang surat wasiat yang sempat ditulis oleh Suzanna yang meninggal dunia pada 15 Oktober 2008. Namun kini suami Suzanna, Clift Sangra sudah bersedia untuk mendedahkan isi surat tersebut.

IKLAN

Dalam sebuah program TV di Indonesia bernama “Rumpi”  pada 19 Disember yang lalu, Clift akhirnya mengungkap isi surat wasiat Suzanna kepada Feni Rose selaku hos. Surat rasmi yang ditulis oleh Suzanna pada 26 Mei 2004 itu berisi permintaan yang cukup mengejutkan sebelum meninggal dunia.

Urusan Pengebumian Secara Tertutup

Suzanna ternyata menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian dirinya kepada suami. Suzanna tidak mahu keluarganya campur tangan dalam urusan pengebumian tersebut. Dia juga tidak mahu kematiannya itu menjadi bahan tontonan umum.

“Bahawa agar supaya nanti saat meninggal dunia tidak dilaporkan kepada keluarga dan orang lain. Saya mahu suami saya, Clift Andro Natalia, untuk memenuhi segala urusan yang berkenaan dengan pengebumian diri saya,” kata Clift yang membacakan isi surat wasiat arwah isterinya.

“Karena itu saya mohon kepada keluarga saya atau sesiapapun tidak usah campur tangan dalam urusan pengebumian saya.”

Suzanna Tidak Mahu DIletakkan Dalam Keranda

Suzanna juga meminta agar jenazahnya tidak diletakkan dalam keranda.

“Cukup urusan pengebumian saya atau kematian saya ditangani oleh suami saya. Juga, saya nyatakan bahawa saya tidak berkenan kematian saya diadakan upacara keluarga, apalagi jenazah saya sampai diletakkan di dalam peti mati dan dipertontonkan,” lanjutnya.

Tidak Mahu Mewasiatkan Harta Pada Anak Perempuannya, Kiki Maria

Di akhir suratnya, Suzanna menyampaikan wasiat perihal warisannya untuk anak, Kiki Maria. Bintang filem legenda ini rupanya tidak mewariskan kepada Kiki Maria dalam bentuk apapun. Suzanna menyebutkan bahawa Kiki Maria tidak berhak atas harta peninggalannya.

“Untuk anak saya, Kiki Maria, dengan ini saya menyatakan bahawa dirinya tidak berhak mewarisi harta kekayaan peninggalan saya yang masih ada pada saat saya meninggal dunia,” tutur Clift Sangra.

“Baik benda bergerak, mahupun benda tetap seperti deposit-deposit mahupun rumah di lokasi dan apapun wujudnya.”

Meskipun begitu, Clift mengatakan bahawa Kiki Maria sudah mendapatkan haknya berupa rumah hingga elaun per bulan dari Suzanna.

“Sudah saya jelaskan, soal wasiat juga sudah saya buka. Jadi bukan bererti anaknya (Suzanna), Kiki Maria tidak dapat harta yang diwariskan. Dapat, dapat rumah, dapat kereta, juga wang setiap bulan. Itu sudah diberikan,” tegas Clift.

Kiki Maria merupakan anak dari pernikahannya dengan Dicky Suprapto. Namun berlakunya sedikit persengketaan antara ibu dan anak ini saat pernikahan kedua ibunya dengan Clift Sangra.

BACA  Siapa Sangka 5 Selebriti Ini Punyai Tabiat Buruk Yang Meloyakan!

Kronologi yang Sebenarnya Saat Clift Sangra Menembak Suami Kiki Maria

Dipetik dari TribuneJabar, gara-gara tidak mempunyai hubungan baik dengan ayah tiri yang dianggap mata duitan, Kiki Maria dan Clift Sangra bergaduh.  Hal ini menjadi lebih panas apabila Clift Sangra terbukti bersalah menembak suami Kiki Maria, FX Abriyarso Boyo.

Menurut dalam program TV itu, Clift menceritakan hal sebenar semasa kejadian pergaduhan dalam kelaurga itu. Semasa pergaduhan, Clift menembakkan senjata api berisi peluru  ke arah atas. Menurutnya, hal tersebut harus ia lakukan agar Kiki Maria dan suaminya tenang. Clift mengatakan ketika itu ia tidak tahu harus bertindak bagaimana.

Menurutnya, ia harus menghentikan serangan Kiki Maria dan suaminya yang sudah mengacukan pisau. Akhirnya, Clift Sangra menembak kaki suami Kiki Maria. Walaubagaimanapun Clift terbukti bersalah atas kes penembakan terhadap suami Kiki Marian. Clift dijatuhkan hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah.

BACA  Lepas Beyonce, 'Crazy Rich Mumbai' Ini Panggil Maroon 5 Nyanyi Di Majlis Pernikahan