Setuju dengan kenyataan Caprice! Berita mengenai ahli perniagaan kontroversi, Nur Sajat, didenda hanya RM2,700 oleh Mahkamah tidak sepatutnya menjadi berita nasional. Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagramnya,ย  Caprice berkata, dalam negara, banyak lagi isu yang lebih besar perlu di war-warkan kepada rakyat Malaysia.

IKLAN

“BERNAMA sebuah portal berita nasional melaporkan berita Nur Sajat di denda RM2,700. Itu bukanlah berita nasional! RM 2.4 Billion barulah berita nasional! RM2,700 boleh korek hidung”- katanya dalam video tersebut.

Seperti yang heboh baru-baru ini, netizen bukannya mengambil kisah tentang Nur Sajat didenda RM2,700 atas kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tetapi netizen lebih sibuk mensensasikan pendedahan nama sebenarย Nur Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang terpapar di senarai kes di Mahkamah.

BACA  [VIDEO] Pembantu Peribadi Nur Sajat Tampar Pekerja Farmasi di KLCC?

Seolah-olah kini media tempatan arus perdana lebih ke arah berita sensasi dari nasional. Kelakar kan?