Pelakon Raja Ilya kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya ahli perniagaan berusia 37 tahun yang menetap di Melbourne.

Terdahulu pada awal pagi hari ini, menerusi Instagramnya Raja Ilya berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa 7 jam lagi di Perth, Australia. Dan kini 7 jam sudah berlalu, sudah pastinya majlis pernikahan Ilya sudah berlangsung.

Dalam video yang dikongsi itu, Ilya memberitahu ia sekadar majlis sederhana bersama keluarga. Satu majlis lain akan berlangsung tahun hadapan.

BACA  GSC & Sony Pictures Jalin Kerjasama Tayangkan 5 Filem Ini!

Sehingga artikel ini ditulis, Ilya tidak pernah mendedahkan siapa lelaki tersebut. Tetapi, seperti yang dilaporkan oleh BH Online, perkenalan dengan suaminya bermula sejak 2012 dan Ilya dilamar menjadi isteri pada Mei lalu ketika lelaki berkenaan berkunjung ke ibu negara.

Tahniah buat Ilya. Kita tunggu Ilya berkongsi gambar majlis yang berlangsung di sana.