Menyedihkan, tetapi inilah realiti kita sekarang. Kes-kes pembuangan bayi sudah terlalu banyak dan ruang berita dipenuhi dengan berita seumpama ini. Di mana silapnya? Apa puncanya? Apa yang boleh kita lakukan?

IKLAN

Terbaru, gempar apabila orang ramai menemukan seorang bayi lelaki dalam sebuah kotak di Surau Al- Ittifaq di Taman Keramat Permai, Ampang sabtu lalu. Difahamkan bayi berkenaan ditemukan oleh salah seorang jemaah surau itu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak.

View this post on Instagram

Lagi ❤️ from Langkawi 😍

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Selain netizen, bekas pelakon Abby Abadi turut meluahkan rasa kesal tatkala mendapat tahu berita ini. Abby mengharapkan kepada semua pelaku yang berniat mahu membuang bayi supaya menghubunginya. Katanya, dia sanggup berusaha beri kehidupan yang terbaik untuk bayi tak bernasib baik itu dengan mencarikan ibu bapa yang sudi menjaga.

“Kenapa tak cari Sy????? Cari Sy kalau taknak Baby Sahabat. Sy usaha beri kehidupan yg terbaik utk Baby ni dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nk menjaga dia.. kenapa buang mcm ni? Please adik kakak, makcik.. kalau taknak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Sy usahakan duit belanja utk perbaiki keadaan juga.. Pleaseee!!!”

Abby meminta agar ibu-ibu yang tidak mahukan bayi yang dilahirkan supaya tidak sesuka hati membuang kerana ramai lagi pihak yang menginginkan cahaya mata.

Menurut laporan dari Utusan Online,  bayi tersebut berada dalam keadaan sihat, berpakaian penuh dan terdapat lampin pakai buang serta susu di dalam kotak

BACA  Selepas Banglo, Wak Doyok Hadiahkan Ibu Sebuah Kereta Mewah!