Sempena cuti sekolah ini ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak mereka. Bekas suami kepada Nora Danish dan Fasha Sandha, Jejai juga baru-baru ini sempat untuk meluangkan masa bukan sahaja dengan anaknya. Bukan dengan anak-anak saja, Jejai turut bersama ahli keluarga yang lain menikmati percutian di Perancis.

IKLAN

Jejai sempat berkongsi beberapa foto sewaktu percutiannya itu kepada peminat di Instagram miliknya.

Percutian ke pergunungan salji, Megève, Perancis ini telah menyatukan 3 beradik dari ibu yang berbeza iaitu anak Fasha, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma, serta anak sulung Nora, Putera Rayqal berkongsi kasih seorang bapa. Kedua-dua palakon popular ini pernah berkahwin dengan Jejai.