Tak terasa ya, pada ketika ini kita sudah memasuki akhir tahun 2018, bila diimbas kembali, berbagai hal yang berhubungan dengan kehidupan selebriti sering mencuri perhatian netizen. Dari kerjaya sehinggalah kisah cinta menjadi bualan hangat netizen.

Tak hanya itu, hal berkaitan dengan penampilan pun juga menjadi perhatian ramai orang. Dari fesyen yang dikenakannya, netizen akan membanjiri komen di media sosial untuk mengecam dan memberi nasihat terhadap artis yang berpakaian seksi.

Pada tahun 2018, jom lihat deretan selebriti yang pernah terkait dengan kontorversi memakai busana paling seksi!

Kilafairy menjadi mangsa buli siber apabila posting mempromosi produk penjagaan wanita menjadi medan netizen mengecam pakaiannya. Foto Kilafairy turut mengundang komen berbaur lucah daripada netizen yang mengatakan iman mereka tergugat saat melihat “aset mantap” pelakon wanita itu.

Pada oktober yang lalu, Amelia dilihat telah menyambut hari lahirnya yang ke 23 dan turut berada di Hong Kong bagi menghadiri sebuah acara kelolaan sebuah jenama pakaian dalam wanita terkenal. Oleh kerana Amelia telah memuatnaik gambar dia berpakaian seksi, netizen telah meninggalkan komen-komen negatif di Instagram Amelia.

3Neelofa

Pada Ogos yang lalu, Neelofa telah menggayakan jenama di bawah The Melium Group, di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018. Neelofa telah dikecam berpakaian pakaian terlalu seksi dan menampakkan bentuk tubuh yang agak ketara. Ramai yang menasihati pengacara ini agar tampil berhati-hati dalam berfesyen apatah lagi statusnya yang kini berhijab.

2Raja Ilya

Pelakon yang baru saja bergelar isteri ini menimbulkan kontroversi gara-gara memuat naik gambarnya yang memakai sport bra berwarna merah dipercayai diambil di sebuah tempat awam. Lantaran itu, pelbagai kecaman diterima oleh Ilya kerana gambar tersebut tidak sesuai dimuat naik di media sosial.

1Janna Nick

Janna telah telah dikecam oleh penonton dan peminatnya gara-gara memakai seluar yang terlalu singkat dan bajunya juga dikatakan agak singkat ketika mengacarakan program hiburan Melodi di TV3.

Menurut Janna, pembantu peribadinya meminta Janna untuk memakai seluar tersebut kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan baju yang dipakai oleh Janna ketika itu. Tidak mudah melatah dengan teguran tersebut, sebaliknya Janna berjanji akan lebih menitik beratkan soal pemakaiannya.