Dalam beberapa hari lagi kita memasuki tahun baru 2019. Beberapa hari yang lalu Google telah menyenaraikan perkara yang paling banyak dicari masyarakat Malaysia sepanjang tahun 2018.  Antaranya seperti tokoh dan selebriti yang paling dicari menerusi mesin pencarian digital tersebut.

Google juga mengeluarkan senarai lagu-lagu dari para ahli muzik Tanah Air hingga luar negara yang masuk dalam jajaran lagu yang paling banyak dicari sepanjang 2018. Pasti anda ingin tahu siapa saja penyanyi yang lagunya paling banyak dicari?

Jom semak, 10 lagu mengikut turutan yang masuk dalam jajaran paling banyak dicari versi Google Malaysia seperti dari Google Trends, Isnin (24/12).

10Anta Permana- Siti Nurhaliza

Jatuh di tepat ke-10 paling ramai dicari dalam google,  lagu Anta Permana nyanyian penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza pernah menduduki tangga teratas carta lagu di platform digital, iTunes sejak mula dilancarkan. Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa makna tidak terkira atau infiniti.

9Hikayat Ben Laden- Ben Laden

Mendahului lagu Anta Permana, Lagu dari Ben Laden berjudul Hikayat Ben Laden ini berada di posisi ke-9 sebagai lagu paling banyak dicari. Hikayat Ben Laden menjadi salah satu lagu yang tahun ini memang banyak didengar dan dinyanyikan orang, banyak pula yang cover lagu ini dari penyanyi terkenal hingga amatur.

8Thank You, Next- Ariana Grande

Pasti ramai setuju lagu dari penyanyi berasal dari Amerika yang ni memang jadi kegemaran peminatnya di Malaysia. Jadi tak hairanlah lagu Thank You, Next sangat hits dimana-mana dan sering diputar di berbagai radio. Lagu ini menduduki tempat ke 8 paling ramai dicari di google.

7Havana- Camela Cabello

Masih lagi dengan lagu antrabangsa, lagu Havana berada di posisi ke 7 paling ramai dicari di google Malaysia. Sebelum ini Billboard pernah mengumumkan bahawa lagu ini tercatat sebagai lagu yang paling banyak di dengarkan via aplikasi streaming Spotify. Rekod ini sebelumnya dipegang oleh lagu “Cheap Thrills” milik Sia.

6You Are The Reason- Calum Scott

You Are The Reason merupakan single milik penyanyi Calum Scott yang dirilis pada 17 November 2017. You Are The Reason berada di tangga ke-6 pada jajaran lagu yang paling banyak dicari sepanjang tahun 2018. Tak mustahil lah, lagu ini begitu popular di mainkan di majlis-majlis perkahwinan.

5Lagi Syantik- Siti Badriah

Tempat ke-5 jatuh kepada lagu yang dinyanyikan oleh Siti Badriah. Lagu Lagi Syantik ini sangat viral dimana mana, lirik dan iramanya juga sangat mudah sekali untuk diingati. Video lagu ini menjadi salah satu yang paling banyak ditonton di Malaysia pada platfrom YouTube, yakni mencapai angka yang sangat tinggi sehingga 431 juta tontonan. Tak hairan lagi, lagu ini memang dicari sepanjang tahun ini.

4Dimatamu- Sufian Suhaimi

Kisah terputusnya ikatan pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih menjadi perbualan hangat netizen sehinggakan lagu Dimatamu ini turut dikaitkan tentang perjalanan hubungan mereka. Lagu yang diberi judul Di Matamu ini terbukti menarik minat masyarakat sehinggakan lagu ini berada di kedudukan ke-4 paling ramai di cari di google sepanjang tahun 2018.

3Bobo Di Mana – Dato Seri Aliff Syukri, Nur Sajat & Lucinta Luna

Rata-rata netizen terus menolak lagu Bobo Dimana nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna. Tapi apakan daya, kerana banyak kecaman, lagu ini menjadi No 1 di laman YouTube sekaligus berada pada urutan ke 3 sebagai lagu yang paling banyak dicari. Kerana menjadi viral, Aliff pernah mendapat bayaran sebanyak RM53 ribu dari google.

2Perfect- Ed Sheeran

Lagu Ed Sheeran ini sering dicari dan didengar oleh masyarakat Malaysia, kerana mempunyai lirik yang dalam dengan irama yang indah. Lagu ini sangat romantis, bahkan selain Malaysia, lagu ini juga menjadi hits di berbagai negara. Bahkan video klipnya yang dimuatnaik Ed Sheeran ini sudah ditonton oleh 1.7 Billion masyarakat dunia dengan like mencapai 9.1 juta. Lagu ini menjadi lagu antarabangsa yang ke-2 paling banyak dicari pada tahun ini.

1Baby Shark- Pingfong

Inilah juaranya! Lagu yang paling banyak dicari pada platfrom Google Malaysia adalah Baby Shark Doo Doo. Lagu ini menjadi tular selepas beberapa kumpulan K-Pop seperti Girl’s Generation, Red Velvet dan Blank Pink yang membawakan lagu ini ketika persembahan di program televisyen dan juga konsert mereka.

Lagu Baby Shark khususnya, telahpun menjadi fenomena antarabangsa selepas ia tular dan meraih hampir 2 bilion tatapan dalam YouTube.

Itu dia 10 lagu dengan pencarian terbanyak di Google Malaysia selama tahun 2018. Tak hairan memang jika 10 lagu tersebut menjadi lagu paling banyak dicari kerana agu lagu tersebut sangat popular dan dimainkan dimana mana. Dari 10 lagu diatas, mana yang jadi kegemaran anda?