Baru-baru ini usahawan terkenal, Nur Sajat berterima kasih kepada ibu bapanya yang sentiasa ada bersamanya dalam waktu susah dan senang. Video tersebut memaparkan aksi Nur Sajat yang mengadu dan merenggek manja kepada ibunya yang sedang memotong cili di dapur.

Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap aksi ketiga-tiga beranak itu. Video tersebut yang dimuatnaik semalam itu kini sudah mendapat hampir setengah juta tontonan.

“Saya memang rapat dengan keluarga!!! Apa masalah sekali pun, saya tetap mengadu kat mak ayah saya. orang luar tak kan faham apa kita rasa. hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia.. bukan wartawan, buka orang luar, ini mak saya, mak yg melahirkan anaknya..

“Mak saya tahu saya siapa.. mak saya kata saya khunsa.. saya sedih orang dok hina saya.. bukan saya nak jadi macam ini.. siapa nak dilahirkan serba kekurangan.. Alhamdulillah keluarga saya dan adik-beradik saya sentiasa bersama saya bila berlaku mcm ini, keluarga tetap support saya..

“Biarlah orang hina kita, keji kita, bercakap macam2 pasal kita. mereka kenal kita di media sahaja, bukan dia tahu Sajat siapa!! Takpe Sajat, mak ayah ada.. orang nak kata apa, katalah.. yang penting mak ayah saya tahu saya siapa.

“Sajat buat jer kerja Sajat, jaga anak2, jaga perniagaan, jaga diri, fokus berniaga.. kita susah pun orang mengata, kita senang pun orang mengata.. asalkan Sajat tak ada tipu duit orang.. Terima kasih mak ayah sbb sllu ada masa Sajat tgh down.. keluarga ttp bersama dgn kita.. yg baik dtg dr Allah, yg jahat dtg dr kita..

“Jgn sesekali menghina.. tegur dgn cara kasih sayang,” tulis usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Kecoh beberapa hari lalu mengenai ahli perniagaan itu yang didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada Rabu kerana gagal menjelaskan cukai GST. Bagaimanapun, usahawan sensasi itu telah pun membayar denda.

BACA  Janna Nick Selebriti Paling Popular di TikTok 2018 Malaysia

Selain kes berkenaan, netizen pada masa sama turut mempersoalkan perihal nama sebenarnya yang selama ini tidak pernah didedahkan mana-mana pihak. Hangat.com menasihati Sajat supaya terus tabah dan bersabar dengan apa yang terjadi. Semoga Sajat terus berjaya dalam dunia dan akhirat, in shaa Allah, aamiin!