Gara-gara memuat naik satu gambar ketika perayaan hari natal di akaun Instagram miliknya, pelakon Nora Danish telah dikritik dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat beliau.

Ada netizen yang mempersoalkan mengapa Nora harus meraikan Krismas sedangkan beliau merupakan seorang muslim.

Walaubagaimanapun, Nora tidak cepat melatah. Dia membalas komen netizen tersebut dengan begitu baik dan padu.

Tak pasal-pasal netizen ini yang mendapat malu, ternyata Nora bukanlah meraikan sambutan hari krismas,  tetapi sekadar menyertai sambutan hari jadi, makan malam bersama teman-temannya.

Memang sekarang ni ramai yang mahu berlagak alim dan seakan menganggap diri mereka Tuhan dimana mereka menentukan dosa dan pahala orang lain. Kami di Hangat.com pun tak faham kenapa masih ada lagi species-species netizen bagi komen yang negatif seumpama ini.

Sebelum kritik, cuba cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna?

Artikel Sebelumnya5 Fakta Stormy Daniels, Wanita Paling Ramai Dicari di Pornhub Sepanjang 2018
Artikel Seterusnya“Hangpa Gila Sungguh No”- Nourul Depp Bagi Amaran Kepada Puan Eika
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.