Seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Eika dikatakan telah meracun seekor kucing jirannya sehingga mati hanya kerana tidak sukakan haiwan tersebut.

IKLAN

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan orang ramai di media sosial termasuklah penyanyi Nourul Depp yang menganggap perbuatan itu keterlaluan dan sangat kejam.

“Tolong Sampai Kan pada puan Eika yang โ€œsangat jujurโ€ meluahkan rasa bangganya membunuh ciptaan Allah.ย Apa punya gila buat kat binatang lagu tu. Tak tau lah apa Allah akan balas. Jaga jaga. Kami tak tau. “

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh Nourul di Instagram, dia mengharapkan adanya akta keras buat mereka yang kejam terhadap pembuli dan pembunuh binatang terutama sekali kucing dan anjing.

BACA  Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu

Seperti yang dilaporkan Thereporter, komen individu berkenaan tersebar di media sosial di mana dia berkongsi petua bagi mereka yang mempunyai masalah kucing di kawasan kejiranan.

Foto: Thereporter

Wanita kejam itu berkata, dia membancuh susu dan dicampurkan dengan cecair peluntur yang kemudian diletakkan di hadapan rumah. Keesokan harinya, kucing jirannya yang minum susu tersebut mati akibat keracunan.

Apa nak jadi dunia akhir zaman , semoga Allah membalas atas apa perbuatannya yang sangat keji.

Artikel SebelumnyaNora Danish Bidas Dakwaan Sambut Krismas, Akhirnya Netizen Malu Sendiri!
Artikel SeterusnyaLari Bersama Ketika Tsunami, Adik Ipar Ifan Seventeen Menyesal
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.