Pemergian Dylan Sahara, isteri Ifan vokalis band Seventeen, yang menjadi korban bencana tsunami di Pantai Tanjung Lesung, Sabtu (22/12) masih membawa duka bagi keluarga dan sahabat.

Salah satunya adalah Cynthia Wijaya. Cynthia merupakan bintang indonesia sekaligus kakak ipar Ifan. Cynthia merupakan isteri saudara kembar Ifan, Riedhan Fajarsyah.

View this post on Instagram

Family picture ❤️

A post shared by Cynthia Wijaya (@cyncynwijaya) on

Ketika tsunami terjadi, difahamkan Dylan berada di belakang pentas. Baru-baru ini, Cynthia mengungkapkan bahawa dia duduk bersebelahan dan lari bersama isteri Ifan tersebut saat kejadian.

Hal tersebut Cynthia kongsikan menerusi sebuah muatnaik Instagram Story. Cynthia juga merasa hairan mengapa Dylan tidak dapat selamat seperti dirinya.

“De, kita kan sebelahan duduknya. Tadinya aku pikir dan berharap kita kan larinya bareng2, harusnya kita selamatnya juga bareng,” tulis Cynthia di unggahannya.

“Tapi Allah punya rencana yang lain untuk kamu. Kami ikhlas, yang tenang ya de, sampe ketemu lagi ya sister @dylan_sahara.”

Cynthia selamat dari bencana tsunami tersebut bersama suami dan anaknya, Kenzie. Sementara itu, jasad Dylan telah dikebumikan di Ponorogo pada 25 Desember 2018.

Artikel Sebelumnya“Hangpa Gila Sungguh No”- Nourul Depp Bagi Amaran Kepada Puan Eika
Artikel Seterusnya[VIDEO] Netizen Dakwa ‘Baby Bump’ Fazura Jelas Kelihatan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.