Beberapa ketika dahulu, kecoh sebentar mengenai spekulasi netizen terhadap pelakon Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, yang kononnya telah mengandung. Namun begitu, berita tersebut dinafikan oleh isteri kepada Fattah Amin itu selain turut mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Baby Bump Fazura Jelas Kelihatan?

Terbaru pasangan romantis ini telah bercuti di sebuah pusat peranginan terkenal. Di kesempatan itu baik Fattah mahupun Fazura telah mengabadikan gambar dan video kenangan mereka di Instagram. Tertarik untuk mengulas sebuah video yang dimuat naik Fattah, rata-rata peminat kecoh mendakwa di dalam video tersebut jelas kelihatan ‘baby bump’ isterinya.

View this post on Instagram

Can’t take my eyes off you ❤️

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Peminat Teruja

Dalam video itu terlihat bentuk badan Fazura seperti sedikit berisi membuatkan peminat tampil memberi spekulasi mereka sendiri.

Posting tersebut turut dibanjiri dengan ucapan tahniah selain turut teruja untuk mendengar pengakuan pasangan itu mengenai bakal ahli keluarga mereka. Fattah dan Fazura telah selamat berkahwin pada 27 November tahun lalu dimana majlis perkahwinan mereka antara topik yang cukup hangat dibicarakan ketika itu. Apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat pasangan ini!

SUMBERInstagram Fattah Amin
Artikel SebelumnyaLari Bersama Ketika Tsunami, Adik Ipar Ifan Seventeen Menyesal
Artikel Seterusnya“Yuk Kita Pulang” – Ifan Seventeen Muat Naik Video Iringi Keranda Isteri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress