Tragedi Tsunami yang melanda Sunda beberapa hari yang lalu ternyata memberi impak yang besar apatah lagi tragedi yang menyayatkan hati itu turut mengorbankan beberapa ahli kumpulan Seventeen termasuk isteri kepada vokalis kumpulan itu, Riefian Fajarsyah atau lebih dikenali sebagai Ifan.

Muat Naik Video Bersama Keranda Isteri

Sebelum tularnya video upacara pengebumian isteri Ifan yang juga pelakon, Dylan Sahara, penyanyi itu terlebih dahulu memuat naik beberapa buah video di Insta Story nya.

Memanjatkan rasa syukur kerana jasad isterinya ditemui, Ifan turut menyatakan isterinya gemar jika mereka memakai pakaian yang berwarna sedondon. Lantaran itu, sebagai penghormatan terakhir buat Dylan, Ifan turut memakai baju berwarna putih serta turut mengiringi keranda isterinya itu ke liang lahad.

Rayu Kirimkan Gambar Isteri

Dalam perkembangan lain, menerusi posting terbaru Ifan di Instagram nya, dia merayu agar kenalan dan peminat yang mempunyai gambar isterinya dapat mengirimkan gambar tersebut padanya. Ini kerana menurut Ifan, banyak gambar kenangan bersama Allahyarhamah isterinya disimpan dalam telefon pintarnya yang hilang sewaktu tsunami Selat Sunda itu melanda.

“Minta tolong sesiapa yang ada gambar Dylan, hantarkan ke DM (direct message) saya.

“Sedih sangat kerana gambar Allahyarham yang ada dengan saya sangat sedikit,”

Kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda yang berlaku pada Sabtu malam lalu yang dipercayai berlaku akibat gelongsoran bawah tanah susulan letusan di Gunung Anak Krakatau setakat ini dilaporkan telah mengorbankan lebih 400 nyawa.

BACA  Media Tempatan Rusia Melaporkan Oksana Voevodina Mengandung Anak Sulung