Akibat tidak tahan kerana difitnah oleh sebuah portal hiburan, jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Coach Yin telah meluahkan perasaannya serta mendedahkan posting portal hiburan tersebut yang didakwa menabur fitnah tentang dirinya di Instagram.

IKLAN

“Terima kasih admin page ohmy** kerana gigih menaip fitnah cerita pasal saya….utk pengetahuan admin, saya ni belum pernah tipu duit orang, malah saya siap bantu org melayu yang baru nak start berniaga,tanpa perlu mengeluar modal, kalau dengan cara ni admin dapat tutup periuk nasi saya,terpulang lah.terima kasih admin”

“Memang macam ni ke cara admin nak dapat follower dari netizen ? dengan menabur cerita fitnah? kemudian netizen saling duk mengata, memang saya tak kan maaf smpai mati..”- katanya di ruangan komen

Difahamkan rakan baik kepada usahawan Nur Sajat ini difitnah meninggalkan komen yang berbaur lucah pada salah satu gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi Zizi Kirana.

BACA  [REVIEW] Mortal Engines Filem Feksyen Yang Sarat Dengan Aksi!

Walaubagaimanapun, artikel mengandungi unsur fitnah yang telah disebarkan dari portal hiburan ini ternyata tidak sahih.

Ternyata Akaun Palsu

Menurut Coach Yin, akaun yang meninggalkan komen itu bukanlah miliknya, tetapi akaun individu yang tak bertanggungjawab mencipta akaun palsu dengan menggunakan nama dan butir-butir diri yang sama.

Apa-apa pun, sebagai pembaca, kita seharusnya memastikan sesuatu berita itu samaada sahih ataupun tidak.  Kami berharap orang ramai tidak terpedaya dengan kewujudan pelbagai akaun palsu yang menggunakan nama-nama selebriti bagi demi keuntungan mereka dan menabur fitnah.