Selebriti verstail NurulAin Bt Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce merupakan antara nama selebriti yang hangat diperkatakan pada tahun 2018.  Bukan sahaja kerana berkebolehan dalam pelbagai bidang, malah selebriti ini juga sering kali tular di media sosial gara-gara sikapnya.

IKLAN

Enggan Hipokrit

Hangat.com berjaya mendekati pelakon Kekasih Paksa Rela ini bagi merungkai kisah sebenar di sebalik sikapnya yang dikatakan agak ‘gila-gila’ dan spontan tatkala bersiaran secara langsung di kaca televisyen mahupun platform digital.

Menurut Ain, apa yang kadang-kala penonton mahupun peminat saksikan secara langsung itu adalah sikapnya yang sebenar. Dikenali sebagai seorang yang cukup periang, Ain enggan bersikap hipokrit di hadapan ramai kerana lebih selesa berbuat demikian.

“Ain sebenarnya lebih suka menjadi diri sendiri. Macam Ain sememangnya seorang yang agak gila-gila sebab itu apabila terima sebuah produksi yang memerlukan Ain bersahaja dan hanya membawa watak seperti diri sendiri, Ain akan terima tanpa berfikir panjang kerana lebih gemarkan pembawakan diri sendiri dengan lebih besar”

Jelas dengan lebih lanjut, bagaimanapun Ain akui tidak semua mereka yang mengenalinya termasuk rakan-rakan artis yang baru pertama kali terlibat sama dalam sesebuah produksi ‘senang hati’ dengan sikapnya itu. Namun begitu, lama kelamaan mereka mula terima dan faham akan sikapnya seumapama itu.

BACA  Cardi B Nyahaktif Instagram Selepas Menang Anugerah Grammy!

Bersedia Untuk Tamatkan Zaman Bujang

Gambar Instagram Ain Edruce

Bakal tampil sebagai pelakon utama dalam sebuah drama terbaru tidak lama lagi,untuk tahun 2019 Ain sudah bersedia untuk tamatkan zaman bujangnya. Ujar gadis yang berusia 27 tahun ini, jelas Ain peminat sedia maklum bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Amirul Hafiz.

“Siapa sahaja yang tak nak berkahwin bukan apatah lagi Ain sekarang sudah berusia 27 tahun. Pada awalnya Ain pernah meletakakkan sasaran untuk berkahwin pada tahun 2014 tapi sebab terikat dengan komitmen kerja dan sebagainya hasrat tersebut tidak kesampaian dan menganggap ada hikmah disebaliknya. Insyallah jika ditakdirkan jodoh Ain pada tahun hadapan, Ain terima dengan hati yang terbuka”

Malah dia juga tidak menolak untuk berkahwin pada tahun hadapan sekiranya jodohnya sudah ditakdirkan. Ulas Ain mengenai tahun 2019 besar kemungkinan dia bakal tampil dengan sebuah single namun segalanya bergantung pada jadual dan komitmen yang telah ditetapkan.

BACA  [VIDEO] Awi Rafael Sebak Ziarah Pesakit Kanser Tulang