Nama-nama seperti Norman Hakim, Ashraf Sinclair, Kamal Adli mahupun Fattah Amin merupakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi platform hero remaja suatu ketika dahulu. Tidak terkecuali buat pendatang baharu ini yang juga juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin.

IKLAN

Kehidupan Berubah 360

Jejaka yang berusia 24 tahun itu ketika ditemui Hangat.com berkata kehidupannya berubah dalam sekelip mata disaat diumumkan sebagai juara program realiti itu. Manakan tidak, sebelum ini dia hanyalah seorang remaja lelaki biasa yang hanya mengambil upah membasuh kereta disamping meneruskan bidang pengajiannya di sebuah universiti tempatan. Jelas Alif, dirinya dahulu tidak mengenali dunia media sosial dan hanya mengemaskini beberapa akaun miliknya pada waktu lapang, kini setelah bergelar selebriti dia mula mempelajari selok belok dunia glamor dengan ringkas.

“Sebelum ini, Alif boleh katakan kehidupan Alif berubah dalam sekelip mata. Daripada seorang remaja yang hanya berlajar dan tidak tahu bersosial di platform media kini selepas bergelar juara Hero Remaja dan pelakon, Alif harus menyesuaikan diri dengan gelaran tersebut”

Seorang Yang ‘Gila-Gila’

Jika dilihat menerusi gambar-gambar komersial nya, barang kali ramai beranggapan Alif merupakan seorang yang pendiam. Namun setelah mendekati figura ini, anda pasti tidak akan percaya kerana dia sememangya ‘happy-go-lucky’ dan peramah.

“ Tidak ramai yang tahu Alif sebenarnya seorang yang agak gila-gila apatah lagi jika dengan rakan-rakan mahupun mereka yang ‘sekepala’. Namun sejak bergelar artis, Alif faham ada kalanya sikap tersebut perlu dibataskan kerana tidak semua orang akan memahami serta senang dengan sikap tersebut”

Hampir Putus Asa Menjadi Pelakon

Imbas kembali di saat terbabit dalam drama lakonanannya kali pertama, Alif akui hampir putus asa untuk menjadi seorang pelakon. Semuanya gara-gara dia dipaksa untuk lakukan beberapa perkara oleh pihak produksi. Namun begitu. Alif mengambil pendekatan untuk mengambil perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif serta turut mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa orang pelakon senior seperti Lisa Surihani, Zahirah Macwilson dan Risteena

BACA  'Kau Keje Macam Taik!' - Rozita Che Wan Jawab Tuduhan Bekas Pemandu

Untuk tahun 2019, Alif bakal tampil dalam sebuah drama di sebuah stesen televisyen tempatan sebagai watak utama selain mengharapkan kariernya akan berkembang dengan lebih besar.