Mendekati figura ini, Khairul Aming Bin Kamaruzzaan, 26 atau lebih mesra disapa sebagai Aming jelas terpancar pada wajahnya melambangkan peribadi seseorang yang cukup peramah. Malah disaat pertama kali bersua, teringat pula kami pada video-video nya yang tular di media sosial yang menunjukkan cara-cara memasak disamping suaranya berkata-kata nya yang becok sekali!

IKLAN

5 Fakta Menarik Mengenai ‘Kebecokan’ Khairul Aming

Bermula dengan pengikut di Instagram yang hanya berjumlah 800, siapa sangka penangan video masakannya di Instagram membuatkan popularitinya kini mencecah hampir 1 juta pengikut. Untuk anda yang tidak tahu, Hangat.com berjaya mendapatkan rahsia sebenar di sebalik video Aming yang tular di media sosial sehingga menjadi ikutan netizen kini .

5Dikenali Sebagai Seorang Yang Cukup Ceria Dan Kelakar

Untuk anda yang tidak mengenalinya, pertama kali bersua mungkin anda akan lihat Aming sebagai seorang yang pemalu. Namun begitu, menurut rakan-rakannya ,selebriti media sosial ini sememangnya seorang yang cukup ceria dan sering kali membuatkan rakan-rakan terhibur dengan keletahnya. He’s the funniest guy ever!

3Jadi Diri Sendiri Di Instagram

Ada diantara selebriti media sosial lain yang hanya kelakar mahupun menarik di media sosial. Bagi Aming pula, apa yang anda lihat di Instagram begitu jugalah dirinya secara realiti. Ingin membawang? Pastikan Aming berada dalam senarai anda, pasti terhibur.

2Resipi Pernah Tidak Menjadi

Dia bukanlah seorang chef mahupun mempelajari secara khusus aneka masakan. Namun kerana minatnya yang mendalam dalam dunia masakan, Aming tekad untuk mempelajari pelbagai resipi dan tampilkan di Instagram nya. Disebalik kejayaan video resipinya, akui Aming resipinya pernah ada yang tidak menjadi. Opps!

BACA  Anak Erra Fazira, Engku Aleesya Dipuji Kerana Fasih Cakap Slang 'American English'

1Ilham Tercetus Dari Mengantuk

Barangkali anda akan mendengar suara Aming seperti seorang yang agak mengantuk dan tidak keterlaluan jika kami katakan seperti mereka yang agak malas. Sebagai fakta menurut Aming, video yang dihasilkan inspirasi dari pengalamannya yang secara tidak sengaja merakamkan sebuah video dalam keadaan mengantuk.

Mendengar kembali suaranya yang ketika itu agak unik, dia mengambil keputusan untuk meneruskan video dengan suara seumpama itu memandangkan tiada lagi mana-mana pengamal media sosial lakukannya.

BACA  Baru Tayangkan Episod Pertama, Drama Nur 2 'Trending' Di Media Sosial