Bintang rap yang mula meningkat naik Lil J akhirnya memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan. Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artis rakaman.

IKLAN

Berduet Bersama Chaleeda 

Biarpun baru beberapa tahun berkecimpung dalam arena hip hop Lil J diberi peluang tampil bersama bintang asal Thailand, Chaleeda Gilbert untuk single ini. ‘Bestfriend’ merupakan kolaborasi pertama Lil J bersama Chaleeda dan merupakan sebuah karya hebat hasil nukilan penyanyi dan penerbit hip hop tersohor Joe Flizzow,Alif dan SonaOne. Biarpun judul lagu ini di dalam Bahasa Inggeris, ‘Bestfriend’ sebenarnya merupakan sebuah lagu berbahasa Melayu.

BACA  "Takyah Taksub Sangat #10yearschallenge"- Norish Karman Luah Rasa Bimbang

Lagu Dalam Bahasa Melayu Pertama 

Ia hanya menyelitkan beberapa bait lirik Bahasa Inggeris dan merupakan lagu Melayu pertama buat kedua-dua penyanyi muda ini. Lebih menarik lagi, Lil J yang lebih sering membuat persembahan di dalam Bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan sebuah lagu di dalam Bahasa Melayu yang jelas sekali merupakan sebuah bahasa asing buat Chaleeda juga. Walau bagaimanapun lagu berentak rancak dengan elemen hip hop moden ini disampaikan dengan begitu baik oleh mereka berdua dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.

Bakal Diperdengarkan Di Corong Radio 

Single ‘Bestfriend’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi. Selain itu, muzik video rasmi ‘Bestfriend’ juga telah dimuat naik di saluran YouTube Rocketfuel Network

BACA  Pengasas Komik Marvel Meninggal Dunia Di Usia 95 Tahun

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.