Ketika sudah menikah, berciuman itu sudah menjadi kebiasaan kepada pasangan pengantin. Ciuman merupakan bentuk kebahagiaan dan syukur setelah rasmi menjadi pasangan suami dan isteri. Namun sayangnya di Malaysia hal tersebut masih menjadi pro dan kontra di kalangan masyarakat. Maklumlah, Malaysia terkenal sebagai negara yang majoriti orang Islam. Yang acah-acah alim pun ramai di media sosial!

Seperti pelakon Raja Ilya yang baru saja melangsungkan majlis perkahwinannya dengan warganegara Australia pada 23 Disember lalu. Seperti yang dilaporkan olehΒ Mstar, Ilya sah bergelar isteri kepada jejaka tampan dikenali sebagai TWG atau Trent yang berusia 37 tahun. Majlis ini diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri keluarga sahaja dan teman rapat saja.

BACA  Jangan Tak Tahu! 5 Artis Jelita Ini Pertama Kali Jalani Puasa Sebagai 'Isteri Orang'

Seperti yang dimuatnaik oleh di instagramnya, satu adegan ciuman bibir Ilya dan suaminya telah pamerkan. Sangat romantik! Namun momen itu mendapat kecaman di ruangan komen kerana ianya dikatakan tidak patut dipertontonkan kepada umum apatah lagi disaksikan dalam media sosial.

Namun bagi kami, tiada salahnya kerana sememangnya mereka suami-isteri yang sah. Biarlah apa orang nak kata! Apa- apa pun, kami mendoakan agar perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan dan berkekalan seperti yang mereka harapkan.