Beberapa jam yang lalu, bintang popular dari Indonesia, Nikita Mirzani telah memuatnaik foto yang menjadi tanda tanya oleh seluruh pengikutnya berjumlah 5.5 juta. Difahamkan dia kini sedang bercuti di Italy.

Meskipun tidak berada di tanahair, Niki kembali menghebohkan dengan fotonya tanpa mengenakan hijab. Dalam foto tersebut, Niki mengenakan topi dengan rambutnya yang hitam paras bahu.

Latar belakang foto selfie Niki pun seperti berada di jalanan di luar negeri. Niki hanya meletakkan beberapa emoji pada keterangan fotonya. Hal ini menyebabkan ramai netizen bertanya perihal bila foto tersebut diambil. Seperti diketahui, Niki sememangnya kerap memuatnai foto lamanya tanpa hijab.

Komen salah seorang netizen lantas dibalas oleh Niki. Menurut pengakuan Niki, muatnaik foto di Instagram tersebut ialah foto baru.

“Kakak foto waktu kapan itu??” komen akaun @sartika. “@sartika*** foto baru…” balas Niki.

Kenyataan Niki tersebut telah menimbulkan berbagai reaksi dari netizen. Tak perlukan masa yang lama, muatnaik itu telah dikomen ribuan netizen dan dibalas Niki dengan sebuah sindiran pada Instagram Story.

Jika dilihat dari ruangan komen, ramai yang masih tak percaya dengan “sensasi” Niki kali ini. Ada netizen yang meyakini bahawa gambar tersebut merupakan gambar lama.

Artikel SebelumnyaAlif Muhaimin Akui Hampir Putus Asa Menjadi Pelakon
Artikel SeterusnyaWow! Alicia Amin Sekali Lagi Jadi Model Tanpa Pakaian
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.