Pelakon dan model Alicia Amin sebelum ini pernah menghebohkan umum kerana sering kali berpakaian seksi, malah pernah suatu ketiak dahulu tular gambarnya tanpa seurat benang yang digunakan sebagai portfolio nya.

Terbaru, nama Alicia kembali hangat diperkatakan kerana sekali lagi tampil tanpa baju di akaun media sosialnya. Dalam foto tersebut, Alicia memang terlihat tidak memakai baju, namun bahagian sensual tubuhnya tertutup dengan tangan. Dalam gambar tersebut, Alicia tampil cantik dengan rambut berwarna ungu yang digayakan oleh Hair Movement by Dick Chin.

Pilihan yang diambil oleh Alicia ini memang cukup berani, pasalnya, jarang sekali artis yang berani melalukan sesi fotografi tanpa pakaian. Lantas siapa lagi artis yang akan mengejutkan umum dengan tampil tanpa baju? Kita lihat saja nanti.

Artikel SebelumnyaBaru 4 Bulan Berhijab, Nikita Mirzani Dah ‘Buka’ Tudung?
Artikel SeterusnyaPernah Berhasrat Mahu Potong Kemaluan, Safiey Illias Ditimpa Kemalangan
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.