Setelah hampir lapan tahun sepi tanpa karya terbaharu, penyanyi Ezlynn kembali menghangatkan industri muzik dengan dengan single terbaharunya berjudul “Goyang”.

IKLAN

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, sebelum ini pernah popular dengan lagu-lagu hitsnya seperti Hi Hi Bye Bye’, ‘Pening’, ‘Jikalau Aku danSengsara’. Kali terakhir meluncurkan lagu ‘Dusta’ pada tahun 2012, menerusi single “Goyang” Ezlynn sekali lagi menyandarkan lagu berentak rancak sebagai taruhannya.

BACA  Lagu Berhantu Elizabeth Tan Berkisarkan Kisah Kematian dan Hidup semula

Goyang” merupakan karya bersama pasangan suami isteri Farique Nadzir dan Adah Kahir. Farique merupakan penyanyi dan komposer yang sering berkarya dalam menghasilkan lagu runut bunyi filem dan drama tempatan.

Jika sebelum ini Ezlynn sinonim dengan lagu berentak pop rock, menerusi lagu “Goyang” ini Ezlynn menampilkan sesuatu yang berbeza namun kena dengan jiwanya iaitu muzik rancak berkonsepkan ‘Fun Ska’.

Single “Goyang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Disember 2018.