Sebelum mengakhiri tahun 2018 yang menarik ini, TikTok, platform video singkat terkemuka di dunia, menyenaraikan para selebriti, kreator konten, beberapa cabaran dan soundtrack yang telah membuat tahun 2018 untuk terus diingati.

Tahun ini khususnya di Malaysia,  cabaran yang paling banyak diikuti adalah Duet With Me, Rain Drop Challenge, Dino Roar, Pump Like That dan Didi Dance. Seterusnya untuk konten kreatornya yang paling banyak menyanyi adalah Findy Yong, Syasha Rushdiena dan Alieff Irfan.

Selebriti dari seluruh dunia tidak ketinggalan untuk membuat TikTok sebagai ‘tempat bermain’ mereka tahun ini, dengan fitur-fiturnya yang mudah digunakan, mereka berkongsi momen kepada para peminat.  Di Indonesia, selebriti paling popular di TikTok adalah Janna Nick, Baby Shima dan Danny Ah Boy.

Beberapa nama selebriti di seluruh dunia memiliki banyak pengikut di platform ini, termasuk penyanyi Jepun Kyary Pamyu Pamyu, Supatsara Thanachat, pemenang K-pop chart-toppers dan BLACKPINK, rapper Puerto Rico Daddy Yankee serta selebriti media sosial Baby Ariel, yang menempati urutan teratas dengan hampir 30 juta pengikut di TikTok.

BACA  Nabil Ahmad Bakal Timang Anak Ketiga & Idam Anak Lelaki