Sebelum ini agak panas juga isu pelakon Linda Rafar meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam tempat ibunya, Rasimah Abd Rahman dirawat.

Mengikut cerita Linda menerusi Harian Metro Online,  isu ini bermula selepas dia meminta jururawat untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis, namun tidak dipedulikan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang semalam.

Isu ini telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah pelawak, Zizan Razak.  Linda telah berkongsi paparan skrin perbualan dengan Zizan di Instagram Story, namun telah disalah ertikan oleh netizen.

Kenyataan Zizan Disalah ertikan

Dalam paparan skrin tersebut, Zizan ada menyebut ‘nurse is not our level’ ditujukan kepada profesyen kejururawatan .

Tanpa diduga, paparan skrin perbualan Zizan dan Linda tular di media sosial hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petugas sektor perubatan. Zizan tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataannya.

Susulan dari salah faham kenyataan Zizan ini, Linda turut menasihati orang ramai agar tidak membabitkan individu lain dalam kesnya.

Terdahulu  Linda ada mengambil keputusan dengan membuat aduan dan berjumpa Pengarah dan Timbalan Pengarah hospital berkenaan gara-gara beberapa individu yang tidak dikenali mengugut untuk meracuni ibu Linda.

Artikel SebelumnyaJanna Nick Selebriti Paling Popular di TikTok 2018 Malaysia
Artikel SeterusnyaBerswafoto Dengan Anwar Ibrahim, Sharnaaz Ahmad Ungkapkan Hal Ini
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.