Berita mengenai hilangnya batu nisan di pusara Bani Seventeen sempat mengejutkan orang ramai. Sebelumnya, mantan anggota Seventeen, Yudhy Rus Harjanto, memberitahu bahawa batu nisan milik mendiang Bani tiba-tiba menghilang. Padahal, tanah makam Bani masih basah.

IKLAN

Pihak keluarga yang diwakiili isteri Bani, Cindri Wahyuni, menjelaskan hal tersebut. Cindri mengatakan bahawa nisan tersebut memang sengaja dicabut karena tidak sesuai dengan apa yang inginkan arwah Bani.

BACA  Punca Izzue Islam Keluar Forteen Kerana Grup Baru The Novic Gypsy?

Menerusi muat naik di akaun Instagram peribadinya, Cindri menjelaskan bahawa batu nisan tersebut bukan dicuri orang melainkan diambil oleh pihak keluarga. Cindri menyebut bahawa suami sempat berpesan agar dikebumikan sesuai dengan syariat Islam, yakni dengan menggunakan batu sederhana sebagai penanda di pusaranya.

Tak lupa, Cindri berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dengan keluarganya. Cindri juga meminta maaf di atas kekecohan yang membuat ramai orang bimbang. Dia memohon doa untuk mendiang suaminya agar diberikan tempat terbaik di sana.

Seperti diketahui, Seventeen menjadi korban bencana tsunami Selat Sunda yang terjadi pada 22 Desember lalu saat melakukan persembahan. Tiga anggota Seventeen termasuk Bani menjadi korban meninggal dunia dalam bencana itu.