Datuk Chef Wan mengkritik sambal tumis nasi lemak yang dihidangkan dalam AirAsia Premium Lounge di KLIA 2. Melalui Instagram beliau, Chef Wan menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan tersebut yang disifatkan ‘menjijikkan’ memandangkan AirAsia merupakan syarikat penerbangan kebanggan negara untuk menjaga imej Malaysia dengan menyediakan makanan tempatan.

IKLAN

Chef Wan turut menyatakan dia akan panjangkan aduan ini kepada CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengenai sambal tumis tersebut. Chef Wan menganggap kualiti sambal tumis itu telah menghina makanan tradisi Malaysia.

Luahan Chef Wan ini menerima lebih kurang 60k tontonan dan komen yang pelbagai dari pengikut Instagram beliau.

BACA  [VIDEO] Ayda Jebat Dianggap Kurang Ajar Kerana Persenda Sherry Al Hadad

Sebelum ini Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, penerbangan MAS, sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak sebenar Malaysia dan pilihan lauk yang sebenarnya.