Meskipun sebelum ini kisah percintaan Neelofa bersama aktor popular telah lama berkubur, namun peminat masih tidak henti-henti memperkatakan tentang hubungan cinta artis jelita ini.

Menurut Utusan Online, Neelofa masih memberikan jawapan yang sama iaitu dia tiada masa untuk fikirkan pasal cinta dan kini dia selesa solo.

“Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala fikir soal cinta sekarang? Saya rasa, ini momen paling bahagia. Saya selesa solo dan tak payah sesak kepala untuk bercinta.

“Memang selalunya, sebelum ini hati ini ditemani seseorang tapi sampai satu ketika saya selesa sendiri. Bagus sangat rasa itu,” jelas wanita yang pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta kembali dengan Datuk Hans Isaac.

Seperti yang dinyatakan oleh Neelofa dalam laporan itu, Neelofa selesa sendiri melayan hati dan mengakui baru kali ini dia merasa bebas tanpa memikirkan soal cinta.

Artikel SebelumnyaChef Wan Anggap Sambal Tumis Nasi Lemak AirAsia Menjijikan
Artikel Seterusnya“Rupanya Jodoh Kami di London”- Amyra Rosli Jumpa Kembar
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.