Tak sampai 3 hari, muzik video Sayang Pulanglah Sayang, nyanyian Datuk Seri Dr. Vida sudah mendapat lebih 100,000 tontonan.

IKLAN

Muzik video tersebut telah dimuat naik dalam saluran YouTube rasmi miliknya iaitu DSV Entertainment pada petang 29 Disember lalu. Pembikinan muzik video tersebut, jelas Vida, lokasi penggambaran adalah di sekitar Ipoh dan kediamannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Bebasnews, Vida menegaskan bahawa lirik lagu tersebut tidak ada kaitan dengan dirinya. Dia berharap, menerusi lagu ini, pendengar dapat mengimbau kisah-kisah mereka putus cinta atau dicurangi.

“Saya harap lagu ini dapat memberi hiburan kepada pendengar di luar sana, selain dapat mengimbau kisah-kisah mereka yang menghadapi jiwa kacau seperti mereka yang ditinggalkan atau dicurangi,” ulasnya.

Menurut pencipta lagu ini Cat, lagu Sayang Pulanglah Sayang itu awalnya dibuat untuk Elizabeth Tan, sewaktu penyanyi tersebut mula bergiat dalam bidang seni. Bagaimanapun katanya, selepas melalui beberapa perbincangan pihak syarikat rakaman tidak mengizinkan.

BACA  'Vroom Vroom' Nabila Razali Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Tempoh Empat Hari!