Nama Yogyakarta atau lebih sinonim dengan panggilan Jogja bukanlah asing lagi buat pelancong terutamanya di Malaysia. Boleh dikatakan rakyat Malaysia bagaikan sudah ‘dipukau’ dengan tarikan yang ada disana sehingga mencatat rekod sebagai pelancong yang ramai mengunjungi kota Jogja.

12 Tempat Menarik Di Jogja Wajib Dikunjungi

Untuk anda yang belum pernah ke sini mahupun bercadang ke sini, suka untuk kami tampilkan 12 tempat menarik di Jogja wajib anda kunjungi. Pastikan anda mengikuti kesemuanya, jika tidak mungkin anda akan terlepas tarikan menarik disini!

1Candi Prambanan

Harga tiket masuk untuk pelancong luar mungkin sedikit mahal. Tapi jika anda mengambil pakej bersama Candi Borobudur mungkin akan menjimatkan. Biarupun mahal, bagi kami anda wajib berkunjung ke sini untuk melihat arca bangunan peninggalan terdahulu yang masih kukuh dan cantik terbina. Nasihat kami datang ke sini seawal pagi untuk dapatkan moment yang terbaik!

Tiket masuk : 520,000 IDR pakej bersama Borobudur (RM150++)

2Goa Pindul

Kami percaya rata-rata daripada anda pernah masuk ke gua bukan? Tapi pernahkah anda masuk ke gua menaiki pelampung menyusuri sungai semula jadi di dalamnya? Di Goa Pindul anda dapat lakukannya! Sebelum menerokai sungai tersebut, anda akan terlebih dahulu alami keseronokan menaiki trak yang disediakan! Dalam goa pindul pula, anda dapat melihat sang kelawar sedang asyik bermain di kawasan habitatnya!

Tiket masuk : 150,000 IDR pakej termasuk sewa pelampung dan jaket keselamatan (RM30)

BACA  Raline Shah Jawab Tuduhan Terlibat Dalam Kontroversi Pelacuran Seungri

3Pantai Timang

Mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan dari bandar, Pantai Timang wajib dikunjungi! Terdapat tiga tarikan disini iaitu gondola, titi gantung dan udang kara!

Rancang bajet anda sebaiknya kerana pantai ini yang turut dikenali sebagai Pantai Malaysia oleh orang tempatan kerana pelancong kebanyakan dari Malaysia antara keajaiban Jogja

Dibuka seawal jam 8 pagi hingga petang

Sewa Jeep : 350, 000 IDR untuk 4 orang termasuk pemandu (RM95++)
Gondola : 200,000 IDR seorang (RM60)
Titi Gantung : 150,000 IDR seorang (RM35+)

4Kraton Sultan Yogya

Istana Sultan atau Kraton Sultan Yogra merupakan antara warisan yang masih kekal di Jogja. Percaya atau tidak istana ini masih didiami kerabat diraja termasuk Sultan Yogya namun dalam masa yang sama ianya turut dibuka kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat khazanah yang ada disini.

Dibuka seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu yang ditutup pada jam 11 pagi.

Tiket masuk : 100,000 IDR (RM30)

5Taman Sari

Jika dah ke Kraton, Taman Sari jangan dilupakan. Taman Sari atau juga dikenali sebagai Istana Air merupakan tempat yang begitu popular dikunjungi para pelancong. Mengapa? Kerana disini terdapatnya sebuah masjid di bawah tanah yang begitu unik.

Di sekeliling ini juga terdapat kawasan kampung yang telah dihias dengan pelbagai seni grafiti. Namun perlu diingatkan jangan duduk atau ambil gambar sebarangan kerana mereka mungkin akan meminta bayaran daripada anda termasuklah si penjual apam balik!

BACA  Galih Ginanjar Nafi Bau Ikan Masin Rujuk Pada Bau Kemaluan Fairuz A. Rafiq

Tiket masuk : 15,000 (RM4++)

6Candi Borobudur

Tidak lengkap rasanya jika anda tidak mengunjugi tarikan utama Jogja iaitu Candi Borobudur. Terdapat dua pilihan apabila anda ke sini.

Sama ada berkorban waktu tidur anda dengan datang seawal pagi atapun datang pada waktu biasa yang mungkin akan dipenuhi para pelawat. Pemandangan matahari terbit disini begitu mengasyikkan!

Tiket masuk : 520,000 IDR pakej bersama Prambanan (RM150++)

Pakej ‘Sunrise’ : 450,000 IDR percuma snek pagi, lampu suluh atau boleh ditukar dengan skarf (RM120++)

7Gereja Ayam

Tidak hairanlah namanya gereja Ayam kerana bentuk bangunannya memang sama seperti seekor ayam! Meskipun namanya gereja ayam, di dalamnya terdapat ruangan solat untuk semua agama termasuk agama Islam. Jangan lupa untuk ke bahagian kepala ayama kerana disitu anda dapat melihat pemandangan sekitar termasuk Borobudur yang tidak jauh dari situ.

Tiket masuk : 30,000 IDR percuma snek (RM10)

8Gunung Merapi

Jika dahulu dunia dikejutkan dengan insiden letusan gunung merapi pada tahun 2010. Namun kini, kawasan tersebut telah dibuka pada orang ramai.

Selain mengimbas kembali kisah sedih dan peninggalan yang ada, kembara ke kawasan ini menaiki jeep juga begitu menyeronokkan! Meneroka jalan yang berliku serta mengharungi sungai, dua jam perjalanan seperti tidak puas!

Tiket masuk : 450,000 untuk sebuah jeep (RM120++)

10Ratu Boko

Untuk peminat matahari, pemandangan matahari terbiyt di Ratu Boko wajib masuk dalam senarai mesti pergi.

Kawasan istana ini merupakan salah satu tapak arkeologi yang dijaga rapi dan hanya terletak 3 kilometer dari Prambananan. Memang cantik!

Tiket masuk : 175,000 IDR (RM150+)

11Hutan Pinus

Sejuk dan begitu tenang! Hutan Pinus ini merupakan hutan semula jadi dan pemandangannya pula saling tidak ubah seperti di dalam filem Twilight! Disini juga terdapat beberapa ‘port’ bergambar di atas pokok. Jangan lepaskan peluang!

Tiket masuk : 2,000 (RM.050)

12Kalibiru

Suka bergambar? Jadi ini adalah tempat untuk anda! Buat anda yang perasan posting mereka abadikan gambar berada di atas pokok sambil melompat dan sebagainya, itulah Kalibiru. Namun begitu segalanya disini terdapat bayaran yang berbeza. Untuk masuk, bergambar dan mencuba permainan disini, caj akan dikenakan. Jadi rancang sebaiknya.

Tiket masuk : 10,000 IDR (RM3)

Lokasi bergambar : 15,000 IDR (RM3.50)

Servis Gambar : 5,000 setiap gambar dengan jumlah minima 4 gambar (RM6)

Artikel ini bersempena kunjungan Hangat Travel di Yogyakarta menerusi Media Digital FAMTrip For Southeast Asia yang dianjurkan oleh Ministry of Tourism Republic of Indonesia baru-baru ini.