Akhirnya, teka-teki berita pernikahan pelakon Elfira Loy sudah terjawab apabila di Instagramnya sendiri telahpun mengesahkan Elfira dan suami diijabkabulkan pada hari ini 1 Januari.

IKLAN

Menerusi laman Instagram peribadinya pada pagi ini, Elfira memuat naik foto acara sarung cincin beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah’. Namun, ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai pernikahan ini kerana tiada sebarang info lanjut yang dikongsi oleh Elfira.

stro AWANI difahamkan, selain majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.

Seperti yan dilaporkan oleh Astro Awani, selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.

BACA  Intip Cantiknya Datin Ezurin Khyra 'Pose' Seksi di Depan Air Terjun Sungai Gabai

Elfira bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar itu bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota.