Sejak semalam 1 Januari, sesi persekolahan bagi penggal 2019 telah pun bermula bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Johor manakala bagi negeri lain akan memulakan persekolahan pada hari ini.

Wak Doyok Keluarkan Baju Seragam Sekolah

Mengambil kesempatan atas sesi persekolahan yang dibuka, selebriti yang juga ikon fesyen terkenal, Wak Doyok bijak mengambil peluang dengan mengeluarkan baju seragam sekolah bagi remaja lelaki. Menariknya mengenai baju sekolah itu, ianya direka dengan menggunakan konsep ‘slim fit’ mengikut bentuk badan si pemakai.

Tidak Sesuai Untuk Sesi Persekolahan?

Lantaran itu, tular di media sosial mengenai baju sekolah tersebut. Dengan rekaan tersebut, rata-rata netizen termasuk mereka yang bergelar pendidik mengkritik rekaan baju sekolah itu yang dianggap tidak bersesuaian.

Menurut mereka rekaan itu seperti agak ketat untuk dipakai memandangkan sekolah mempunyai peraturannya tersendiri. Kami tidak pasti rekaan ‘slim fit’ itu direka pada baju atau seluar mahupun kedua-duanya sekali. Yang pasti, kebanyakan remaja kini begitu meminati rekaan sedemikian.