Tirai 2019 dimulakan dengan berita pernikahan pelakon Elfira Loy dengan Muhammad Faris Khairol Anuar yang berlangsung semalam (1 Januari) Dikhabarkan, sebanyak 5 resepsi akan berlangsung meraikan kedua-dua mempelai ini kelak.

IKLAN

Selamat Bernikah

Elfira yang dinikahkan oleh bapanya sendiri telah selamat menjadi isteri kepada ahli perniagaan itu dengan sekali lafaz. Majlis tersebut telah diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya yang dihadiri kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Baju Pernikahan Elfira Menjadi Perhatian Netizen

Dalam majlis itu, Elfira kelihatan begitu anggun sekali mengayakan persalinan rona putih hasil rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Bagaimanapun, gambar pelakon berkenaan yang dimuat naik pereka fesyen itu di laman Instagram nya menjadi perhatian netizen.

BACA  Misteri Dilaila Kaut 4 Juta Kutipan Dalam 5 Hari Tayangan!

Semuanya gara-gara terdapat seorang netizen menyamakan baju yang digayakan Elfira saling tidak ubah seperti watak Queen Elizabeth di dalam filem animasi Alice In The Wonderland.

Ketepikan dakwaan tersebut, kerana Elfira tetap kelihatan berseri di majlis persandingannya. Tahniah diucapkan!